create VIDEO???

~~salam semua...apa nak buat petang2 niii.....hmmm my laling sibuk nak g tengok bola malam niii kt stadium bukit jalil...MALAYSIA vs SINGAPORE....sya tak dapat ikut..tiket dh abiss...my laling pun mmebr dia tolong belikan....adoiii...mennciii....

~~so...rasa cam nak create video laaa..tp nak create tuk sape lagi???tuk mak,ayah,damia,papa,mentua,semua dh buatkan,,,hmmmm..tolong bg pendapat boleh??tak pun klu kawan2 nak suruh saya buatkan video tuk u all...ahakss....belagak jee bunyi..cammm pandai kan...kikikiii..hmmm..adoiii pening laaa cam niii...buat video raya boleh ke???hahhaaa....hmmm..pikir2...

~~ok lahh nak g pikir dulu nak buat video ape...cau cin cauuuuuu.....peace!!!



♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

bezanya LELAKI & WANITA

~~salam semuaa....hmmm..saya nak kongsikan ngan kawan ape yang sya jumpa pg niii..agak tertarik jugaklah...nak tau ape???jom layannnnn.....

Berikut ini disenaraikan beberapa perbezaan yang perlu kita ambil tahu dan faham supaya kita dapat bertolak ansur antara satu sama lain.

——————————————————————————————-

* Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik
nafas lebih dalam daripada wanita....(memang pun...sya laaa)

* Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.(oooooo)

* Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.(huhuhuu..haruslaaakan)

* Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya...(notsure..sbb suara sya lantang...tambah2 klu marah..hihiii)

* Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak...(ooooo)

* Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.(memang pun)

* Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda;

* Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.(betul...)

* Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki.(hahhahhahahaa..)

~~ Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit ,surat-surat penting dan kad kredit bank.

~~ Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehemm…dan macam-macam lagi.

* Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.(haaa..tau punn...)

* Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

* Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza.

* Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat nya ialah hanya mahu ke pejabat.

* Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

* Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan.(kuikuikuiiiiii)

* Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

* Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja.

* Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

* Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

* Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang
menyayangi.

~~betul jugak ape yang dikatakan tuuu kannn...tp sory yeee....ter"pinjam"artikal...hihihiiii...l



♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

Yang mana patut???

~~hmmm rasa boring petang niii..ye lahh bila tengok muka yang xsiap niii..muka saya teruk naik jerawat sbb salah pakai pencuci muka...tp xleh nak share & bgtau nama produk tuu takut kene saman lak..yg penting sampai bila2 pun saya xkan beli..harap je mahal dlm rm2o hinggit gak laa..tp hampeh..malas nak cite lah...

~~k tuk entry kali niii nak bgtau kenapa saya kejap guna..aQ...yus..saya..& umiee...bukannya ape.....kadang2 tengok pada mood time menulis...

*umie=bila bercerita pasal mia + papa...ye laaa rasa janggal ye bila guna..yus..saya...aQ...

*yus/saya=time mood yg baik2 laaa....

*aQ:tuk mood yang x bape nak baik...eeerrgggg...

~~tp sebenarnya..saya xtahu nak guna ape..klu guna 'yus'rasa cam bujang jee...'klu guna 'umie'rasa cam wahhhh...takut sebaya umur lah plak..hahhaaa(mula prasan muda lah tuuu..)

~~sooo pendekatan yang baik saya guna yus@saya..tp tuuu lah...klu2 kawan2 ade pendapat yang lain boleh laaa bgtau sikit sebanyak dapat di guna pakai kan...

~~soooo..thankss yaaaa...cauu cinn cauuu






♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

BUANG MASA KT TESCO EXTRA...

~~salamm..hmmm niii laaa xtvt mia..mula2 malas nak keluar tp kesian kt mia asyik duk umah jeee..(padahal umie.hiihii)so tektik umie ajak papa lunch kt luar..(chicken rice shop) kt tesco extra jeee dekat ngan umah...tp pegi punn dah pukul 2.30pm pun...sooo lepas makan bg mia main kt playground dlm tecso..sedar tak sedar jam dh pukul 5.00pm...puas betoi mia..umie&papa???hhiihiihii duduk usha dr jauh jeee..sambil2 dating...

~~agak2 nampak mia boring papa ajak mia balik tp...terrrsangggkut plak kt game..adoiii..jommm layan picture niiii...

*pandai ke mia main tuuuu...

*huhuuu..see..khusyukk nyaaa mia..tengah lawan tuuu
...(sebenarnyaa mia xtion jee tuuu....)


*pastuu tersangkut lg kt kete niii...adoiii mia..miaaa..bila mau balikkk niiii....


*tengah2 duk round2 tesco mia jumpa kedai buku plak...apaa lagii nak terjun terus laaa..

*mia pantang jumpa kedai2 buku niii....minat betoi..adoiii..pastu mula rambang mata nk beli yg mana satu buku tuu..tp hari niii umie&papa x beli laaa..sebab semalam dh beli..kesian miaa nanggis nak buku..xpeeee..papakan pandai memujuk...(hahhaa...skali skala...)


~~soo..tuu lah xtvt mia,umie&papa minggu niii....cauu cinnn cauuu




♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

"wooden blocks"

~~salam semua..huuhuuu hari niii just nk cite pasal si MIA niii laaa..sejak papa belikan "wooden blocks"@lebih senang MIA panggil "lego"asyikk dengan legonyaaa jee....dulu papa belikan block2 plastik yg boleh lekat2 kan tuuu...onedays kitarang g taska idealis kt puchong tu..tengok MIA asyik main ngan block2 kayu tuu jee...sooo papa pun beli lahh satu tuk MIA...

~~pagi tadi::

mia:aamiie..ngok mah miee..ieyaaa uat..aaatikkk..(umie tengok rumah umie mia buat..cantik)
umie:wahhh cantiknyaaa..mekasih MIA..(sambil peluk mia)
mia:ame-ame amiiiee..ieya uat mah amie...(sama2 umie..mia buat umah umie...sambil syg umie)



~~peaceee MIA yang x bape nak jadi...sopann jee duduk kan....


~~insyaallah suatu hari nanti MIA dapat buat rumah untuk umie& papa tau...aminnnn

p/s:kanak2 niii diorg punya imagination kadang2 di luar jangkaan kita kan...




♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

2nd BABy!!!!

~~morning u all..wahhh....tajuk bukan men lagi aq niiii..tp tuuu laaaa...hmmmm..nak share ngan u all...pagi2 niii tetiba mood terasa cam nak baby je...huhuhuuuu...MIA pun dah besar...bila tengok org lain pegnant..aq pun mula gatai nk pegnant..hahhaa..bukan ape rindu kt bau2 baby yg sentiasa wangi jeee...tp tuuu laaaa...nanti dulu kot..bg MIA 4tahun ke....(boleh lak camtu...)hihiii..

~~mmmm...MIA skang pun dah pandai cakap..& banyak plak soalan yg nak kene jawab...adoiii...kadang2 tuuu...klakar pun ade...tp kan ade ke ibu cam aq niii..asyik "gaduh" jee ngan MIA...hhahaaa...klu tak gaduh sehari xleh...MIA plak pandai menyakat....huuhuuu...tp kadang2 bila time MIA tido tuuu laaa...hati niii mula rasa menyesal...sedih..kadang2 nanggis sorang2...bukannya ape...pasal marah MIA siang tuuu kan...tuuu laaaa hati ibu niii..hmmmm..camtuu lah hati mak kita dulu2 kan...

~~oooiiitt..lari tajuk lak...hiihihii..adoiiii trasa nak baby tuu memang nak tp xde rezeki lagi kot..maybe nak tunggu MIA besar kot...huhuhuhuuu....xpe bg MIA besar dulu dah skolah kan..comeii nyaa bila MIA skolah nanti...hahhahahhaa....ok lah..cau cin cauuuu


♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

Busy kew???

~~hai semua my fwed!!!baru nak on9 blog..busy ke???hmmmmm...kikikiiii...ye laaa sibuk duk soal jawab ngan customer n packing barang2 jualan...sape2 yang teringin nk beli pad herba moh leee order ngan caye.....(sempat laaagiiii.....)

~~santek tak header??hmmm x bape nk santek laaaa..hoohohooo..

~~..aik mana gambo mia & papa???hehheee..benornya..mmg x letak..hhuuhuuuu..tak tau nk wat design camne ..so letak gambo caye jee boleh kan....(jgn marah papa & mia....)

~~ape2 punnnn SELAMAT HARIIII SELASA...kikikiii takut lupa tarikh n hari lagiii..hooohooo.


♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

CUCI MATA.....

~~nak cite sikit weekend ri tuu wat pe??hihiihii.org cbuk ngan bersihkan..tp kita cbuk nk bejalan..ye laaa surirumah kan..mmg nk berjalan jew...(boleh ke...)hiihiii...jom layan picture kt bawah....

a)mia yang xpenah duduk diam walau sesaat...


b)mia majuk..cz umie marah..asyik..menghayal ngan xtvt mia jew...

c)gambar di putrajaya ..festa floria....

d)uiisshh seksinya anak umie....

e)time go back to my home!!!.....

f)yang nii sya suke..cz rose dia warna warni..camne lah diorg kacukkan ...nama dia rainbow rose k...santeekkk sgt.....




♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

akhirnya!!!!

~~kul 3pg dh niii..nk masuk tidow sok nk g shopping jab..huhuhuuu..sok mesti jemkan..xpe shopping kt MINES jew..but on the way balik????kuikuikuiii..pk lah sendiri...cari jln altenatif laaaa....

~~bukan nk cite pasal shoping ke @ jalan ke...nk cite prasan tak header baruuu..akhir nyeee pandai gak buat"transparent header"tp picture mia yg sama laaa..cume pict umie n papa je tukar ckit..xpe laaa x comei pun muka nyaa kan...(tunjuk kesian lah tuuu)...asalkan jadi..

~~ghupenya bende yg sama cume setting time nk save tuu je beza nya...adoiii hampeh je kan..moh nengok picture niiii..layannn...



huuuhuu..xpe baru blajar kan..dh laaa perah otak sorang2 nk bljar guna FOTOSHOP CS5..bertemankan YOUTUBE je..bukan fhm sgt...tp nilah hasilnya...soo kesimpulannya..blajar dr kesilapan kan...so klu nk berjaya dgn hasil yang baik haruslah tanamkan sifat SABARRRRR...

~~nilah idea pagi2 niii..leh laaa komen yeee..@pun bg idea lg..nk tiru yang org len takut kene blacklist lak..hhiihihihii...apa2 pun puas hatiii laaaaa....waa.cinnn..cauuu....



♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

gambar resepsi TOMOK&AYU

Sudah pun bergelar suami isteri yang sah Jumaat lalu, kini Tomok dan Ayu sudah pun selesai melangsungkan majlis resepsi mereka di Saloma Bistro, Kuala Lumpur kelmarin. Suasana agak meriah. Dengan Tomok berpakaian baju Melayu moden dan Ayu berpakain pengantin bergaun lebar sekali. Bertemakan warna purple menyerikan lagi suasana.


"ehsan daripada GUA.COM & GOOGLE"



♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

Gambar pernikahan NOH & MIZZ NINA

~Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 31. Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 10.20 malam, kelmarin 1 Julai.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak. Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.

"ehsan dr google"hiihihihiii......




♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

penyakit datang balik

eh..jangan salah plak..bukan penyakit ape2 k..cume penyakit susahhhh tidowww malam..siang pun xtido gak..busy ngan dak mia niii..mlm lak...susah nk tidow..xtau nape dh seminggu dah...adoiii macammana lah niii kan...sooo muka pun dh nek jerawat...ape perlu saya buat niii..my laling pun bising gak laaa..tp nk wat camne kan..ape nk buat lgi niiii.....



♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

Abang B.O.T.A.K!!!>>like juvana!!


~~hmmm dh lama nk buat entry pasal cite juvana ni....asyik x berkesempatan jewk...dulu first episod nengok..my laling x suke sgt cite niii..nthan skang DIA lak yang lobeh2..kikiii...

~xyah cite lebey2 laaa pasal kisah JUVANA niii cz sume org dh tau kan...yang sya nk bgtau..yang sya SUKAKAN ABG BOTAK TUUUU!!!..oppss nnti my laling marah lak...kikikiii..xpe cz dia dh tau...

~jom tengok picture2 niii..kikikiii..ehsan dr google...jgn marah!!!!


suke sangat bila tengok muka abg botak time niiii...biarlah org ckp apa pun..yang penting SAYA SUKA ABG BOTAK..bukan DAIM k...huhhuhhuu..house captain....w/pun lagak bagus tp hati dia baik sebenarnya...Botak sering di dera oleh ayahnya menjadikan dia seorang yang suka membuli dan di sebab kan dendam yg membara itu lah BOTAK jadi terlalu ego...tp mula2 kene tangkap..jambuuu tuuu..kikiii..tp sayang xde picture tuuu laaaa....

BOTAK>>Budak paling giler dekat Sekolah Bakti...Jom!Usha biodata dia.

~Nama Penuh : Johan Ariff Asari
~Umur : 25 Tahun
~Asal : Pulau Pinang
~Botak adalah pelajar jurusan kaunseling dekat Kolej Universiti Islam Melaka,pernah belajar tahfiz dekat Indonesia..slama setahun..


♥ TeRimA KaSiH..LuAnGkaN MaSa BaCa EnTry SaYa!! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...